Tugas Dewan Perwakilan Australia

Mengikut Perlembagaan, kuasa kedua-dua dewan adalah hampir sama kerana persetujuan daripada kedua-duanya diperlukan untuk meluluskan satu undang-undang. Perbezaan kecil wujud hanya menyentuh soal-soal percukaian. Mengikut amalan, pemimpin satu parti (atau gabungan parti-parti) yang memiliki perwakilan terbanyak di dewan rendah ini akan diundang oleh Gabenor-Jeneral untuk membentuk kerajaan persekutuan. Pemimpin ini, sebagai Perdana Menteri boleh melantik mana-mana ahli dari kedua-dua dewan menjadi menteri kabinet. Rang undang-undang perbekalan hanya boleh dicadangkan di dewan rendah; maka partu yang memiliki majoriti di dewan rendah boleh menjadi kerajaan. Hal ini memastikan bahawa semua undian yang dibuat di dalam dewan adalah mengikut parti dan kerajaan sering memiliki undi majoriti yang diperlukan itu.

Parti pembangkang pula berperanan menyampaikan hujah menentang dasar dan penggubalan undang-undang yang dibawa oleh kerajaan. Mereka juga seringkali mengajukan soalan-soalan yang membangkingkatkan tanggungjawab kerajaan semasa Masa Soalan dan sewaktu perbahasan untuk penggubalan undang-undang.